Posts

Seandainya...

Image
  Hujung minggu adalah hari "mengemas". Itulah satu-satunya masa terluang yang saya gunakan untuk membersihkan halaman rumah luar dan dalam. Luaran termasuklah tanah kosong di persekitaran luar pagar rumah. Anakku dengan polosnya bertanya bila diajak membantu. "Baba, inikan tanah orang. Kenapa nak penat-penat kita bersihkan?" Tersenyum saya. Sedikit terusik hati kecil ini. Lantas saya membalas kegusarannya. "Begini...memang ini tanah orang. Tapi kalau dibiarkan mahu ditumbuhi semak dan lalang. Jangankan ular, gajah masuk pun boleh tak nampak! Bekas-bekas minuman, pelitup muka dan plastik berserakan. Jadi tempat pembiakan nyamuk Aedes! Maka, itulah elok kita sama-sama kemaskan. Kalau tak kita siapa lagi. Kalau tak sekarang bila lagi. Paling tidak dengan usaha kecil kita bukan sahaja kita tetapi jiran berdekatan turut terhindar dari bahaya tersebut." Anggukan tanda faham serta puas tergambar di wajah anak kecil yang mula mengenal dunia. "Tapi Haqeem..na

Tertinggal Handphone

Image
                                                                                                     Photo by Miriam Alonso Kerja seorang doktor tidak mengenal masa. Tak kisah siang malam, hari cuti malah pernah raya kedua saya berkejar dari kampung kerana terpaksa bertugas (doktor yang sepatutnya kerja tak dapat masuk sebab ada kecemasan). Alhamdulillah anak isteri dah biasa dan sedia maklum (walaupun dengan berat hati). Tapi ini pula tentang kisah lain. Masih berkait dengan masa. Dua hari lepas saya menerima panggilan untuk buat rawatan di rumah. Dalam kesibukan biasa bertugas, saya mencari ruang dan peluang untuk "lari" dari klinik. Namun sebab pesakit tak putus-putus akhirnya saya mengambil keputusan mengorbankan "lunch-break". Saya ajak pembantu saya yang merupakan seorang jururawat lelaki. Tak sampai beberapa minit dalam perjalanan, tiba-tiba dia terjerit! Rupa-rupanya tertinggal talian hayat (handphone). Walaupun, dia kata tak mengapa,saya tetap pusing balik

Dunia Baru

Image
                                                                                                                                Photo by Porapak Apichodilok Amazon membuka rangkaian kedai serba canggih. Masuk je dan ambil segala keperluan kita. Lepas tu terus keluar. Tak perlu ke kaunter bayaran (sebab memang takde kaunter bayaran). Tahu-tahunya dah ditolak dari kad kredit atau debit kita! Inilah dunia masa depan. Dah sampai pun. Di Amerika dan sekejap lagi seluruh dunia. Kalau tak Amazon, kedai & bisnes lain pun akan turut mengikut jejak perintis.  Menakutkan. Ya. Seolah-olah kita semua dah dibawah pengawasan Abang Long (Big Brother). Ingat kisah 1984 by George Orwell? Ditulis pada tahun 1949 (hampir seabad yang lepas). Nampak persamaannya? Namun, kalau kita menceritakan soal pengaturan & pengawasan sudah tentu dah lama benda ini dah dimungkinkan. Melalui dunia siber segala-galanya saling terkait dan "mudah" diakses oleh pihak ketiga. Komputer, telefon bimbit, CCTV &

Writings in the sand

Image
                                                                                                          Photo by Oleksandr Pidvalnyi Begitu banyak nikmat yang Allah beri. Tak mampu dikira, tak mampu dibalas. Cuma rasa syukur yang tak terhingga. Tapi terkadang dalam kesibukan dunia, terlupa juga akan nikmat2 ini.  Memory is one of the greatest gift from God. A flower withers in time. But the act of giving a flower to someone will be embedded deep in the person's mind. It survives the passages of time. Footprints left on the sand will fade away as the waves washes to shore. But that brief moment in life on the beach with someone special will be cherished forever. It is the essence of the deed that we carry with us in our journey through life. What makes it more precious than ever is sharing that treasured piece of your life with someone dear. RAM 1994

A Bump is A Bump

Image
                                                                                                                           Photo by Thirdman What's with these new norms? Knuckle knocking. Back of hand slapping. Feet inter-locking. And now..elbow bumping! A year and a half into the pandemic we were told to embrace the new normal. Social (later changed to a more appropriate..physical) distancing. Wearing the mask. Being single not accepted anymore. Double more likely (pun intended). Finally, frequent hand-washing. Now that's something. Been doing it way before Covid-19 set foot on earth. Call me OCD* if you fancy. That's me no denying. A year and a half into this so-called new life, we also seem to have learnt (and still learning) new things. Vaccine. Herd immunity. Swab test. Quarantine..many more. But above all we learnt to be compassionate. Humanity rising above in the face of adversity.  Ironically, there are also other new things worth mentioning. Such as the universal g

Kain buruk

Image
Photo by Karolina Grabowska Setiap hujan lebat, setiap itulah bilik solat itu dibanjiri air. Basah dibuat karpet kelabu alas dari sejuk lantai marmar. Terkadang kalau lambat dikeringkan, ada semacam bau kurang meyenangkan. Menganggu kekusyukan sesiapa yang solat. Lantaran itu, pelbagai cara dibuat. Pelbagai idea. Dipasang plastik. Diikat kain rentang pada pintu sebelah luar. Malah diupah kontraktor pasang sekatan pada bahagian bawah pintu. Hancur. Hancur sehancur-hancurnya. Semua ikhtiar punah begitu sahaja. Hujan makin mengganas. Menghempas pintu lalu memaksa air mengalir laju memasuki bilik solat melalui rekahan dinding pemisah asbestos. Buntu. Sudah hilang punca arah. Pasrah! Tetiba satu gagasan mulai menyisip masuk. Kain buruk! Ya..kain buruk. Kenapa tak pakai kain buruk jer. Seperti tok nenek kita dulu. Kalau hujan disendatkan di bawah bukaan kecil pintu. Menghalang hujan yang degil menghunjam pintu. Alhamdulilla

Kopi & Susu

Image
                                                                                               Photo by Artem Podrez        Baba sekarang ni Amerika tengah protes ker? Kesian George Floyd tambah anak sulung saya, Luqman, ketika kami sedang menikmati makan malam. Adik2nya turut mengiyakan. Siapa itu George Floyd? Kenapa seorang yang langsung tak dikenal malah sekarang namanya jadi sebutan di seantero dunia? Nah..sedikit pencerahan bagi yg belum tahu. Kisahnya bermula di mana George Floyd dikatakan telah membeli rokok dengan duit palsu US20 dolar. Pekerja kedai yang gagal menuntut kembali rokoknya, telah memanggil bantuan polis. 2 orang pegawai polis tiba dan diikuti kemudian dengan dibantu 2 orang lagi. Apa yang terjadi selepas ini telah menjadi satu antara puluhan mahupun ratusan kejadian seumpamanya di Amerika..dan kali ini seorang warga "African American" yang tidak bersenjata malah diperlakukan secara kasar dan tidak berperikemanusiaan sehingga membawa kematian oleh 4 oran