Dunia Baru


                                                      

                                                                        Photo by Porapak Apichodilok



Amazon membuka rangkaian kedai serba canggih. Masuk je dan ambil segala keperluan kita. Lepas tu terus keluar. Tak perlu ke kaunter bayaran (sebab memang takde kaunter bayaran). Tahu-tahunya dah ditolak dari kad kredit atau debit kita!

Inilah dunia masa depan. Dah sampai pun. Di Amerika dan sekejap lagi seluruh dunia. Kalau tak Amazon, kedai & bisnes lain pun akan turut mengikut jejak perintis. 

Menakutkan. Ya. Seolah-olah kita semua dah dibawah pengawasan Abang Long (Big Brother). Ingat kisah 1984 by George Orwell? Ditulis pada tahun 1949 (hampir seabad yang lepas). Nampak persamaannya?

Namun, kalau kita menceritakan soal pengaturan & pengawasan sudah tentu dah lama benda ini dah dimungkinkan. Melalui dunia siber segala-galanya saling terkait dan "mudah" diakses oleh pihak ketiga. Komputer, telefon bimbit, CCTV & rangkaian telekomunikasi semuanya membina satu dunia baru, dunia alam maya. Di sini segala di luar jangkauan minda mampu dilakukan. Menciptakan dunia paralel dengan "makhluk digital".

Timbulnya keresahan dengan seribu satu persoalan adalah pasti. Dengan pelbagai teori konspirasi dan penguasaan sejagat oleh satu entiti (Illuminati) akan menyesak fikiran.

...atau kosongkan minda dan bersangka baik? Inikan semua teknologi alaf baru untuk memudahkan kehidupan manusia.

Pilihan di tangan anda!

Comments

Popular posts from this blog

Seandainya...