Tertinggal Handphone

 


                                                                                                  Photo by Miriam Alonso



Kerja seorang doktor tidak mengenal masa. Tak kisah siang malam, hari cuti malah pernah raya kedua saya berkejar dari kampung kerana terpaksa bertugas (doktor yang sepatutnya kerja tak dapat masuk sebab ada kecemasan). Alhamdulillah anak isteri dah biasa dan sedia maklum (walaupun dengan berat hati).

Tapi ini pula tentang kisah lain. Masih berkait dengan masa. Dua hari lepas saya menerima panggilan untuk buat rawatan di rumah. Dalam kesibukan biasa bertugas, saya mencari ruang dan peluang untuk "lari" dari klinik. Namun sebab pesakit tak putus-putus akhirnya saya mengambil keputusan mengorbankan "lunch-break". Saya ajak pembantu saya yang merupakan seorang jururawat lelaki. Tak sampai beberapa minit dalam perjalanan, tiba-tiba dia terjerit! Rupa-rupanya tertinggal talian hayat (handphone). Walaupun, dia kata tak mengapa,saya tetap pusing balik ke klinik. Rasa kurang senang (marah pun ada..) cuba menyusup ke dalam hati. Cepat-cepat saya tangkis perasaan itu lalu menenangkan diri.

Sesampainya di klinik, bukan saja handphone yang tinggal, pesakit pun dah menunggu. Satu demi satu datang tak putus-putus. Akhirnya sejam dua kemudian, dapat juga pergi menyelesaikan kes pesakit rawatan di rumah itu.

Moral of the story..seringkali apa yang pertama terlintas di hati, eloklah dibawa fikir. Di dalam setiap kejadian pasti ada hikmahnya. Mungkin mulanya tidak jelas tetapi percayalah ketika sampai waktunya ia akan terserlah jua. 

Pokoknya selalu bersangka baik!



NB pesakit yang dirawat di rumah tersebut merupakan "cold case", bererti bukan kes kecemasan (takut-takut ada yang tanya kenapa doktor tak pergi cepat-cepat!   

Comments

Popular posts from this blog

Seandainya...