Kopi & Susu

 

                                                                                            Photo by Artem Podrez      






Baba sekarang ni Amerika tengah protes ker? Kesian George Floyd tambah anak sulung saya, Luqman, ketika kami sedang menikmati makan malam. Adik2nya turut mengiyakan.

Siapa itu George Floyd? Kenapa seorang yang langsung tak dikenal malah sekarang namanya jadi sebutan di seantero dunia?

Nah..sedikit pencerahan bagi yg belum tahu. Kisahnya bermula di mana George Floyd dikatakan telah membeli rokok dengan duit palsu US20 dolar. Pekerja kedai yang gagal menuntut kembali rokoknya, telah memanggil bantuan polis. 2 orang pegawai polis tiba dan diikuti kemudian dengan dibantu 2 orang lagi. Apa yang terjadi selepas ini telah menjadi satu antara puluhan mahupun ratusan kejadian seumpamanya di Amerika..dan kali ini seorang warga "African American" yang tidak bersenjata malah diperlakukan secara kasar dan tidak berperikemanusiaan sehingga membawa kematian oleh 4 orang anggota polis.

Justeru itu, rakyat Amerika tak kira warna kulit bangkit sama2 turun protes di jalanan dengan jeritan "I can't breathe" (kata2 terakhir mendiang). Seluruh rakyat Amerika dibakar api kemarahan. White house yang menjadi kebanggaan mercu kepimpinannya turut dicemari dengan aksi protes.

Tatkala dunia dilanda virus COVID-19, ada satu lagi virus yang sudah lama di kalangan kita. Virus COVID-19 menyerang paru2 tapi virus ini bersarang di hati kita. Virus "asabiyah jahiliyah". Ianya wujud sejak manusia hidup berbagai suku dan bangsa. Ia hanya menunggu masa untuk kembali membakar hati dan jiwa, mendorong melakukan kerosakan di bumi Allah ini.

Apakah ibrah yang mampu kita peroleh dari semua ini?

Pertamanya..

Raikan "perbedaan antara persamaan" di kalangan masyarakat kita yang berbilang kaum, warna kulit, agama dan budaya. Tidak kira siapa kita, pangkat & harta..di ketika Izrail memanggil..seisi dunia tiada mampu menundanya walau sesaat. Jadi..apakah sangat yang kita bangga2kan. Gelar..wang..rupa paras..?

Keduanya..

"Don't take for granted". Ya..hubungan itu perlu disemai, dibaja dan disirami dengan rasa persaudaraan yang ikhlas merentasi sempadan perbedaan yang mewarnai hidup kita. Jangan sesekali kita leka, lalu terpancing dengan bisikan2 yang mampu menodai satu harapan. Harapan Malaysia buat semua!

Kisah George Floyd pun akan pudar ditelan masa. Manusia akan terus dengan rutin hariannya. Tapi sanggupkah kita kisah "George Floyd" berulang lagi? Renung2..fikir2kanlah



Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah-mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia2 kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mendalam Pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu).

                                                                Surah Al-Hujuraat 49:13





Ibn Abdullah
5 Jun 2020
Beranang




Comments

Popular posts from this blog

Seandainya...