Kain buruk
Photo by Karolina Grabowska
Lantaran itu, pelbagai cara dibuat. Pelbagai idea. Dipasang plastik. Diikat kain rentang pada pintu sebelah luar. Malah diupah kontraktor pasang sekatan pada bahagian bawah pintu. Hancur. Hancur sehancur-hancurnya. Semua ikhtiar punah begitu sahaja. Hujan makin mengganas. Menghempas pintu lalu memaksa air mengalir laju memasuki bilik solat melalui rekahan dinding pemisah asbestos. Buntu. Sudah hilang punca arah. Pasrah!
Tetiba satu gagasan mulai menyisip masuk. Kain buruk! Ya..kain buruk. Kenapa tak pakai kain buruk jer. Seperti tok nenek kita dulu. Kalau hujan disendatkan di bawah bukaan kecil pintu. Menghalang hujan yang degil menghunjam pintu. Alhamdulillah. Dicuba. Dan akhirnya aku dapat mengatasi permasalahan yang sekian lama menghantuiku.
Begitulah. Kadang2 kita mencari jawaban di tempat yang salah. Jawaban yang kompleks untuk masalah yang mudah. Rupanya masalah yang mudah ker kompleks ker..selalunya ada jawaban yang mudah juga. Renung2kan sobatku.
P.S Seburuk-buruknya kain buruk, masih berguna juga!
Ibn Abdullah
28 April 2020
Beranang
Comments
Post a Comment