Seandainya...

Hujung minggu adalah hari "mengemas". Itulah satu-satunya masa terluang yang saya gunakan untuk membersihkan halaman rumah luar dan dalam. Luaran termasuklah tanah kosong di persekitaran luar pagar rumah. Anakku dengan polosnya bertanya bila diajak membantu. "Baba, inikan tanah orang. Kenapa nak penat-penat kita bersihkan?" Tersenyum saya. Sedikit terusik hati kecil ini. Lantas saya membalas kegusarannya. "Begini...memang ini tanah orang. Tapi kalau dibiarkan mahu ditumbuhi semak dan lalang. Jangankan ular, gajah masuk pun boleh tak nampak! Bekas-bekas minuman, pelitup muka dan plastik berserakan. Jadi tempat pembiakan nyamuk Aedes! Maka, itulah elok kita sama-sama kemaskan. Kalau tak kita siapa lagi. Kalau tak sekarang bila lagi. Paling tidak dengan usaha kecil kita bukan sahaja kita tetapi jiran berdekatan turut terhindar dari bahaya tersebut." Anggukan tanda faham serta puas tergambar di wajah anak kecil yang mula mengenal dunia. "Tapi Haqeem..na...