Tertinggal Handphone

Photo by Miriam Alonso Kerja seorang doktor tidak mengenal masa. Tak kisah siang malam, hari cuti malah pernah raya kedua saya berkejar dari kampung kerana terpaksa bertugas (doktor yang sepatutnya kerja tak dapat masuk sebab ada kecemasan). Alhamdulillah anak isteri dah biasa dan sedia maklum (walaupun dengan berat hati). Tapi ini pula tentang kisah lain. Masih berkait dengan masa. Dua hari lepas saya menerima panggilan untuk buat rawatan di rumah. Dalam kesibukan biasa bertugas, saya mencari ruang dan peluang untuk "lari" dari klinik. Namun sebab pesakit tak putus-putus akhirnya saya mengambil keputusan mengorbankan "lunch-break". Saya...